| |

| |


|
Profil Smartway Sdn. Bhd
SmartWay adalah satu jenama baru di dalam pasaran perniagaan ‘Multi Level Marketing’. Lokasinya yang dominan terletak di kawasan Sunway Mentari Business Park. Ruangan pejabat yang selesa direkabentuk oleh perekabentuk dalaman berpengalaman serta mempunyai kemudahan ruang letak kereta yang mencukupi.
Walaupun masih baru di dalam industri ini, kami memasarkan produk yang unik berasaskan penjagaan kesihatan alternatif yang berkaitan dengan rawatan udara dan air. Ini kerana pencemaran udara dan air adalah isu semasa yang perlu diberikan perhatian secara serius. Menurut kajian, 80% penyakit yang datang adalah daripada pencemaran udara dan air. Oleh sebab itulah produk ‘Smart O2’ (generator oksigen) dan ‘Smart Shower’ (penapis air mandian) merupakan keperluan asas untuk setiap keluarga. Produk ini telah berdaftar dan diuji oleh SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Apa yang pasti, SmartWay menyediakan peluang pendapatan tiada had kepada mereka yang ingin menjadi usahawan sama ada secara separuh atau sepenuh masa. Melalui pelan pemasaran yang disediakan, SmartWay akan membawa gelombang revolusi rangkaian keusahawanan. Revolusi ini akan memecahkan tradisi sistem kebanyakan perniagaan ‘MLM’. Secara lazimnya sistem ‘MLM’ lain akan memerangkap ahli-ahli dengan mengenakan syarat-syarat tertentu untuk mendapat bonus atau ganjaran. Malah bonus tersebut terpaksa pula dilaburkan semula untuk memenuhi kehendak sistem tersebut.
Perkara seumpama ini tidak berlaku di SmartWay kerana sistem pemasaran SmartWay adalah berasaskan Sistem Royalti dan ‘Trading’. Sistem ini adalah mesra kejayaan, malah cenderung melahirkan pemimpin-pemimpin baru. Selepas menjadi rakan niaga, anda boleh memfokuskan untuk mengembangkan rangkaian anda tanpa dibebani syarat-syarat seperti membeli untuk kegunaan sendiri, membuat jualan tertentu untuk diri sendiri, kumpulan atau mencari rakan niaga baru setiap bulan
|
|
| |
 |
|
|
|